安全校园

sekolah selamat

Sekolah Selamat

Program keselamatan sekolah dilaksanakan untuk memastikan keselamatan murid-murid dijaga dengan sempurna setiap masa. Murid adalah dilarang keluar daripada kawasan sekolah semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung kecuali semasa kecemasan.

Bawa anak balik awal

Jika ibu bapa hendak membawa anaknya keluar dari kawasan sekolah lebih awal daripada 12:45 petang, kelulusan mesti diperolehi dari pihak sekolah dengan menunjukkan borang lengkap isi dan ada ditandatangani Guru Besar / Penolong-penolong Kanan kepada pengawal keselamatan di pondok keselamatan tepi pagar sekolah.

Melawat sekolah

Pelawat perlu tulis nama penuh dan No Kad Pengenalan dalam buku rekod pelawat sebelum masuk ke sekolah. Pelawat perlu pakai “Kad Pas” semasa di dalam kawasan sekolah.

Guru bertugas

Selepas masa persekolahan (Lepas 12:45pm – 1pm) setiap hari, ada guru bertugas di setiap pintu pagar sekolah untuk menjaga keselamatan murid.

Dilarang memandu masuk sekolah

Untuk memastikan keselamatan anak-anak murid sekolah, adalah disarankan bahawa ibu bapa jangan memandu masuk ke kawasan sekolah sama ada semasa hari hujan atau hari biasa. Ibu bapa boleh menggunakan lorong pelindung hujan di tepi pagar sekolah. Disamping itu, ibu bapa juga disarankan supaya jangan meletak kereta di petak kuning untuk menjamin kelancaran lalu lintas.


Hit Counter provided by technology news